Wednesday, January 19, 2011

mak saudara meniggal dunia....:(

Pada tanggal 18/1/2011 saya berada di sekolah pada pukul 1.30pm ,tiba-tiba...mak saya datang ke kelas saya dan berjumpa guru kelas memberitahu mak saudara saya meniggal dunia...saya berasa sangat sedih mendengar berita yang mengejutkan itu.Kami pun pulang ke rumah mandi,makan,solat  dan bergegas pergi ke Hospital Permaisuri Bainun...pada jam 3.00 pm kami tiba di sana,saya tidak boleh masuk kerana masa melawat sudah habis pada pukul 1.00 pm hingga 2.00 pm di wad 3B icu kritikal bukannya di bilik mayat.Selepas itu mak saya merayu pada pengawal keselamatan kerana hendak melawat mak saudara sama ada keadaannya teruk atau tidak..keadaan itu teruk sekali kerana dalam keadaan koma pipinya bengkak,mata lebam,berngantung dalam penafasan.Kami semua keluarga akan merancang untuk pergi ke rumah tok Su di Setiawan pada jam 4.30pm selepas pulang dari sana kami ke rumah makcik Rohaya...Selepas tu kami mendengar berita dari Pakcik Din yang mak saudara sudah meninggal dunia kami semua tidak percaya...kami pergi hospital dan ingin tahu dia meniggal atau tidak...saya,sepupu dan opah tunggu di luar dan mak saya,makcik Rohaya dan mak Su pergi hospital...selepas itu mak saya memberitahu kami yang mak saudara meniggal dunia kami sangat sedih sekali...selepas itu kami pergi rumah mak saudara kami dan kami pergi rumah opah kami kerana kami sekeluarga tidak pergi tahlil kerana kami berasa amat kecewa dan hampa kejadian kemalangan itu 7/1/2011 dan kami mendapat berita lewat yang diberitahu oleh suami mangsa.

No comments:

Post a Comment